Thursday, March 10, 2011

MATI ITU PASTI

Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.
Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
  1. hartanya untuk warisnya.
mam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
  1. dagingnya untuk ulat-ulat.
  2. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti”

No comments:

Post a Comment